Pages

Friday, 28 September 2012

Oppsss...terlupa lah!


Assalamualaikum..

Dengan keizinan masa ni, boleh la nk coret2 cket kat blog aku nie. Rasa cam berkurun dah. heee.. 
just direct to the point, hari khamis lepas, 27 September birthday adik aku. Rashidee.. Ntah macam mne la, aku leh terlupa. lepas balik keje baru tingat. Eh, idee! cakap kat ma. "Ma, besday idee hari ni." ma just sengih2 ja. tu maknanya ma pun terlupo lah tuu.. ahaha. sory dik. So, mula aku kalut. otak duk pk2.. cne nk buat nie. xnak la adik sedih angkara  kami yang terlupa besday dy.. then, ting! dapat idea..so cepat2 aku p pakai tudung, ngan baju kurung keje yang xsalin lagi. terus pecut kete p KB. cari kek. Yelah, birthday kan..so apa2 pun kena la ada kek baru la celebrate birthday namanya. 

Dengan cuaca hujan lebat, aku redah je. sampai depan kedai kek tuu, termenung sat. cne aku nk masuk nie, kalau lari pun mesty basah jugak nie.. xpelah, demi adik.. yeke? padahal satu usaha untuk meng'cover' kelupaan kami.. Ahaha.. Dah masuk kedai tu, satu hal plak nk pilih kek. Nak yang lawa ke yang sedap.? tengok ada kek angry bird. Comel. tapi, idee tu dh masuk patblas tahun dah pun, xkan nk angrybird kot. lastly aku amek kek nie. sebabnya aku penah makan kek nie masa celebrate birthday bos 3 bulan lepas. Sedap. walaupun tu kek buah, dan si idee ni pulap anti-buah.. bi0 aja lah, kakak dy ni pengemar buah. nti kakak ni la yg prabis nti. ahahhaa..

aku panggil kek buah je, sebab dy ada byk buah.
Nama scientifik dy aku xtahu. heee..^_^

sampai umah, sorok dulu kek nie. nak cari masa yang shesuai untuk melaksana  misi nak suprise nie.
Adik ika ada kelas tambahan malam, so nak kena tggu dy balik dulu. Bg semua ada. kuw 9 malam baru start program. kebetulan masa tu, idee kuaq p fotostat tuk homework dy. Yes! terbaik. duk plan ngan ma abah smua, nti idee balik kita buat cmni cmni.. aku tutup main current, satu umah gelap. nyala lilin smua tu, semua get ready..tunggu idee  balik kita pakat nyanyi. duk tggu2 tu, terasa cam lama je, lilin dah makin pendek nie,. yang aku ni dri tadi duk nyorok dalam bilik nie, pegang kek,. duk sat tu, bunyi motor. idee balik dah! ready semua! dengar ma suh idee masuk bilik cari lilin sebab xdak karen nie. aku kat dalam nie, xsabaq dah.. idee bukak je pintu bilik tu, Suprise!!!!!!!!! hehehehe.. aku nyanyi lagu happy birthday sorang2,. xdak sapa sambung pun, apa daaa ma abah nie,. tadi plan kemain. ika pun,bukannya nk sambung. huhhh..;P
alhamdulillah, berjaya jugak suprise last minit. hehe.. aku tgok dy happy, dy cam nk nangis je masa aku nyanyi td. we all love u idee..

ini lah Rashidee. tengok, muka undescribe.. :)

lepas2 dy tiup lilin, dy senyum ja manjang. idee cakap " igt jugak deh birthday idee, igt lupa dah". aku cakap "mane leh lupa, igt eh. saja tunggu lewat2 cket bagi can ore lain wish dulu".. hehe. Ayat coverline. hehe.. ni la, adik aku. lelaki sulung dalam family.. tiap2 tahun celebrate birthday, tapi sebelum ni, tyme birthday dy aku selalu je xdak kat umah,. xleh cuti la..p kursus laa.. itu laa.. that y, yang tahun ni aku ia-ia nk celebrate.. hehe..

Sekian.

Monday, 3 September 2012

tidak akan boleh

Saat ini bahu terasa berat.
otak mula mengundur masa.
mencari dimanakah silapnya
hingga diri tidak mampu tersenyum baik
baik hari ini
baik semalam
baik hari-hari sebelumnya
yang pasti tidak lagi esok
bangkit! come on girl.

Dimanakah titik mulanya?
pasti punya sebab
tapi apa?
aku sendiri tidak tahu.

Arghh! 
biarkan mereka dengan cara mereka
aku merelakan sahaja
aku hanya mampu diam
Diam dalam tangis
karna aku tidak diajar untuk menjawab dengan mereka.

Biarkan mereka dengan cara mereka
biarkan mereka melakukan apa yang dirasakan betul
walhal tidak pun.
aku tidak mampu bersuara, hanya mendengar.
aku mmg tidak diajar oleh ibubapaku sebegitu
mereka lebih dewasa
seharusnya mereka lebih tahu.

Dan kami 
sudah penat menjadi perantara
kadang kami sendiri dipersalahkan 
cukup sampai disini
hanya doa ku panjatkan
agar rahmat Allah mampu mengubah semua.
kami tahu 
untuk memperbetulkan segala keributan
dan untuk memuaskan hati semua pihak
tidak akan boleh.!



Saturday, 1 September 2012

Ada Apa Dengan September?

Assalamualaikum..


Ada Apa Dengan September?
Actually kan, oghe pun xtahu nk tulis gapo. tapi gapo hok oghe nk oyak ni sedikit sebanyok ado terkesan dihati sanubari nih. baru semale oghe 'welcome' kan september kat fesebuk. Dengan harape.. bulan september ni lebih baik dari bulan hok sebelumnyo. oghe ada azam untuk bulan september ni. sebab pada bulan ni oghe akan jadi lebih tuo daripada sekalo. haha. 

Baru jah masuk sehari bulan September. tapi macam2 dugaan jadi hari ni. perasaan oghe campur baur. ado raso sedih, ada raso serba saloh, ado raso bersaloh. macam2 la.. tapi xpee.. ore terima. sebab oghe selalu berpegang pada prinsip ' Ada hikmah atas setiap apa yang menimpa diri seseorang '. oghe kena kuat. oghe kena tempuh semua ni dengan tabah. oghe tahu Allah selalu bersama oghe. :)

:))
Sepatutnya malam ni, oghe duk atas bas. menuju destinasi demi bergelar mahasiswi, tapi ats beberapa sebab oghe terpaksa tolak tawaran tu.. huhu. Walaupun rasa kesal, tapi nevermind.. mungkin itu keputusan terbaik buat masa nie.

Semalam, 31 Ogos 2012, 11.50 mlm, aku kehilangan. Tok saudara yang ku panggil 'Abah' telah pergi menghadap Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Dan.. yang paling aku xsedap duduk.. pasal kejadian ptg td. Salah faham ngan kawan opis. ohoho..sedih2.. i'm sorry Iqah. oghe mmg xsengaja. aku kalau bab2 melibatkan perasaan ore ni mmg aku  concern sgt. bagi aku hati dan perasaan ore ni ssh nk jaga apatah lagi nk menduga, bg aku lebih baik aku yg sakit, sebab hati kita, hanya kita yang tahu tahap mana kita blh tahan. kita boleh ubat sendiri selagi tidak parah. tapi kalau dah ore sakit hati ngan kita, itu mmg satu hal yg paling tidak best. Sebolehnya aku nk elakkan. huhu. cne lah nk g opis esok nie? Marah sgt kah dy kat aku? 






Sunday, 29 July 2012

Saya sudah letak jawatan. Anda bila lagi? ngeee..~~


Assalamualaikum...


Memang taleh blah la title tuu.. ‘Anda bila lagi?’ Haa,jgn terpengaruhnya.. itu untuk mereka2 yang mempunyai sebab musabab yang merasakan perlunya jawatan itu diletakkan. Haha. Kepada sesiapa yang dah punya kerja tuu, kerja la leklok ye. Untung la, nak2 pulak yang dh kerja bagus. Bersyukur lah anda sebab ramai diluar sana yang masih jobless. Bukan senang nk dapat kerja zaman sekarang ni kan? Seriously, mcm2 dugaan dan cabaran. Pengalaman ini saya rasakan sendiri. Memang kena banyak sabar dan yang penting jgn cepat mengalah. Kalau ada rezeki tu xkemana.. Jom nyanyi, ‘ kalau engkau jatuh, jangan engkau lemah kerana itu mengajar kita jangan cepat mengalah’..lalalala..

Actually, saya dalam mood dilemma nie.. rasa sayang nk tinggalkan kerja skrg ni. Ada bos yang baik, officemates yg membantu, dekat ngan umah lagi..tu yg syok. Tapi nk wat cmne kan.. i have to decide in pursuing my dream. Saya kena buat keputusan jugak. Setelah merujuk pendapat para penasihat dan hasil perbincangan dengan beberapa individu, keputusan telah dibuat. Tingggggg!!!! Maka, wujudlah situasi berikut..

Pagi yang tenang dengan cuaca jo’ongg(mendung deh) mendamaikan ..:)
Jam didinding menunjukkan detik 11 pagi. Ting tonggg..

Ku mengetuk daun pintu lalu memberi salam..

Me: ‘Assalamualaikum encik..
Encik bos : Ye, ada apa Da? Sambil memandangku kehairanan..
Me : ‘Da nk bagi surat ni kat encik. Encik baca lah’. Sambil ku menghulurkan sekeping kertas putih bertaip dengan font Times New Roman kepadanya.
Encik bos : ‘Bila lapor diri? ‘ tanya encik bos setelah selesai membaca isi tulisan yang tertera pada surat itu.
Me : ‘2hb September ni encik. Da minta maaf encik sebab Da kena berhenti kerja. Da pun xsangka dapat tawaran ni. Dua kali dh Da apply tapi xpernah dapat pun, xsangka pula kali ni dapat.’ Aku memberi penjelasan.
Encik bos : ‘Dah kerja sini, bru nk dapat. Kalau xpergi dulu xleh ke? ‘ Sambil tersenyum.. aku turut sama senyum.:) tiba-tiba telefon encik bos berdering. Aku menarik nafas lega, aku terlepas dari menjawab pertanyaan tadi. Hehe..
Me : ‘So, macam mane encik? ‘ aku menyambung perbualan.
Encik bos : ‘Dah tu, nk buat cne? Xkan saya nk halang pula kan?’ aku mengangguk tanda mengerti apa yang dimaksudkan oleh encik bos.
Me : ‘Terima kasih encik. Encik, Da nk tanya pendapat encik ni..encik rasa course ni ok x cik? Kalau saya sambung degree course ni, nti saya akan kerja apa encik?’ Aku yang masih tidak berapa jelas mengenai  cabang kerjanya meminta pendapat. Lalu, encik bos memberi penjelasan ringkas yang padat mengenai course tersebut.
Me: ‘Ooo,macam tuu.. Nti saya abes belajar, boleh la kalau saya nk kerja kat sini balik?’ Hehe. Tanya aku berseloroh.
Encik bos : ‘Kalau ada projek besar boleh la..lagipun kat Kelantan ni boleh kira ngan jari projek – projek besar.’ Aku cuma tersenyum mendengar bicaranya.
Me :  ‘Ok la encik. Terima kasih. Saya mintak diri dulu encik.’  Lalu ku beredar dari bilik encik bos dan terus ke meja kerja. Aku termenung seketika memikirkan ulasan yang diberikan encik bos sebentar tadi.

-TAMAT-


p/s : Baca abes x novel kat atas tu? Hahaa. Novel ke? Kalau buat novel asa xde yang nk baca kot. Penulisan hancusss..hahaha. xpe...saja je ni.gewdik-gewdik menulis. ^_^
Sekian sahaja nukilan kisah kehidupanku untuk hari ini.. jumpa lagi lain masa. paPpaiii...



Friday, 27 July 2012

Terukir Di Bintang. Majlis Konvokesyen ke-7 PTSB..


Assalamualaikum...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin sekalian. Hari ni dah 8 hari kita menunaikan ibadah puasa. So, cne ngan puasa tahun ni. Ok x? saya ok je, cuma masa hari first puasa tu je meragam cket, duk pkir makan je. Hiks! Yela, keje duk makan je 24 jam, sedor2 masuk bulan posa dah. Tapi, naseb ada spirulina yang saya dah amalkan pemakanannya sejak sebulan lepas. Not bad! Byk ‘membantu’ la.  Xdelah perut ni nak main drum ke apa ke..hehe. Means, tak rasa terok sgt la. J Senang je, lepas sahur telan la spirulina ni. Minimum 4 biji. Tapi saya makan 5 biji, kdg 10 biji. Nak bagi lebih tahan. Hehe.

Stop about spirulina. entry ni, bukan nk promote spirulina ke apa. Tapi nk citer pasal sesuatu yang lebih bermakna. Ia membuatkan saya memanjatkan syukur kehadrat Ilahi. Dah bertahun saya tunggu, akhirnya dapat juga. Karna ia begitu bermakna, maka dengan itu saya merasa wajar untuk saya melakar secebis kenangan disini ya. Haha. My convo! (15 Julai 2012)


Tahniah uols. Kita konvo jugak akhirnya. Mereka-mereka ni la bersama saya susah senang sepanjang 3 tahun saya belajar di kulim. Siapakah mereka? We are serindit’s girls.. yeahhhaaa..  sayang mereka ketat-ketat. <3<3<3



Haa..Teka ni kat mana? selingan je. Ni masa kat umah cik nim. Pagi hari konvo. Sebelum kami gerak p poli. Motif utama tayang gambar ni, sebab nk tunjuk tuuuu.. saya pakai baju putih wak.. Nak taw x? selama 22 tahun saya kat dunia ni, ni first time saya pakai baju kurung warna putih. Seingat saya la. Dan saya memang xpenah ada baju kurung putih. Baju tu pun saya pinjam ngan adik. Konvo punya pasal. Pakai je. Malas nk beli baru. Membazir! Nk pakai kejap je kan,.  Ada someone tegur, kata saya nmpak macam pengantin pakai baju ni. Ahaha. Yeke mcm pengantin wak?? Bride-to-be..^_^





Inilah family saya. Diimport  jauh2 dari kelantan ke mari untuk bagi sokongan di hari majlis konvokesyen saya nih. Really appreciate them. Yang berdiri 2 kiri * ada ke yang duduk? :P dan si kecik tu adik-adik saya. Lagi 2 orang xde. Duk umah. Yang 2 kanan pulak mummy and daddy saya, hehe.. ma abah saya daaa.. yang baju purple tuuu..xsure ore mne. Sesat cari jalan pulang le agaknya. Hihi. Thanks sudi datang wak. =-=

Saya konvo kena sidang khas. Rasa cne xtaw. Rasa nervous pun ado, sebab kena amek diploma dengan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah., Tunku Panglima Besar Kedah., Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah. so, memang kena buat betul2, dengan penuh protokolnya. Masa rehearsal, bukan main lagi berlatih angkat sembah, cara nk naik stage, cara jalan, kena ckp ‘menjunjung kasih tunku’ lepas amek diploma tu.. mai2 hari konvo betul..hancusss..hukhuk step entah ke mana. Lupa nk undur..Hehee,..



Ma, abah. Kak long buat semua ni untuk ma abah taw. Kak long nk belajar rajin2 pastu nk keje sungguh2 tuk senangkan ma abah nanti. Kak long nk jadi anak kebanggaan ma abah. Terima kasih sebab dah besarkan kak long dan bagi didikan yang cukup sampai ke tahap ni. Cuma nakal cket2 tuuu..biasa laa. Hikhik. Doakan kak long berjaya yew. Kak long sayang ma. Kak long pun saya abah. ^_^ 






Malam keesokkannya pulak, kami ada majlis makan malam untuk persatuan alumni PTSB. Majlis ni la, ruang tuk kami gather2.. rindu kat kengkawan. Dah berbulan2 lamanya xjumpa.  Macam2 kisah keluar. Ada yang dah keje, yang dah sambung belajar, yang dapat tawaran sambung belajar la. Yang dah kawen ja belum ada lagi. Hehe. Kebetulan pulak, hari jumaat (13 Julai 2012) boleh semak keputusan UPU. Ramai antara budak2 kelas yang dapat sambung belajar kat universiti yang sama. Aku je yang sekor2..huhu. tu la hang, gewdik ngat mintak lain dri yang lain. dah la tukaq kos. 4 tahun tuuu,. Tua mengaji lew aku nie. Tapi itu bukan halangan. Right?




Kadang tu, ada gak terpkir. Cne la nnti,nk adapt new life at new place, new environment, make a new friend, new course, everything is new!!! risau..risau..risau.. arghh..put it aside. Just go on. Anda boleh!!! Ya.





Selasa, saya balik kelantan. Xleh holiday lama2..bos bagi cuti 3 hari je. Saya balik naik bas. Bas apa? itu dy....hehe. sudah 3 tahun saya menggunakan perkhidmatan bas Shamisha Holiday Ekspres ni. Selesa! Pemanduan yang selamat, insyallah dengan izinNya. pengalaman xbest naik bas ni sekali ja,bas mapuh tgoh2 hute kat Grik. Gelak glemak. Takut molek kawe. Kenalin nyut2 dale dado. #_#

Sekian sahaja cerita saya. Wassalam...


Thursday, 17 May 2012

A Special Birthday Boy..Mr Bintang


Happy birthday to you..

Happy birthday to you..

Happy birthday to kanda...
happy birthday to youuuuuuuuuuuuuu....


Haaa..cepat tiup lilin nih..

Make a wish first!


Cepat lah tiup ! kasi padam semua lilin tuh. 

Kanda, 

terima kasih untuk segalanya..
terima kasih kerana menerima saya..
terima kasih kerana menegur saya..
terima kasih kerana melindungi saya..
terima kasih kerana selalu ada dengan saya..
terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya..
terima kasih juga kerana tak penat mendengar celoteh saya.. 

semoga impian kamu  tercapai, doa kamu dimakbulkanNya, dimurahkan rezeki dan selalu berada dibawah lindunganNya..

sorry deh, xleh nk celebrate hari nie.. nti kita celebrate eh..
ore bwk dy p makan kek byk2 k, tapi sayang bayor sendiri..heeee..




KISAH RUMPUT! as a birthday present.. 
dah tertunai..:)
fahami maksudnya..

Aku sayang kamu ..^_^

Wednesday, 11 April 2012

Katakan Tidak Pada Rokok..say no!


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 di luar sana..:)
buat pe tu? sihat semua? hehehe..
Lama dah xupdate blog nie..dah bersawang pun blog aku nie..hehe..

Btw, entry kali nie..khas buat perokok2 tegar di luar nuh..
Jom buang sesawang kat blog nie..^_^
Selamat membaca..


MEROKOK ADALAH HARAM


Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram..


Islam menekankan kepada setiap umatnya  supaya memelihara kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia adalah diharamkan seperti firman Allah :
“…Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan…”  Al Baqarah :195

Pandangan Ilmuan Islam Mengenai Hukum Merokok

Dr. Yusuf al-Qardawi didalam fatwa Muasirah berkata, “Dari penjelasan yang diberikan , saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali. Malah, pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: Makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat disudut alasan dan hujahnya”.

Sesungguhnya Islam telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan dhorar (memudaratkan orang lain) dan dhiror (membalas perbuatan orang lain dengan kemudaratan ). Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka berada di sekeliling perokok tersebut.


Haa, baca dah? apa yang kamu-kamu paham? 
Rokok ni bukan je merbahayakan kamu-kamu yang merokok,
 tapiiiii...
boleh merbahayakan kamu-kamu yang berada dekat ngan si perokok ni..so, pasni duk jauh2 ngan depa2 nie taw! ^_^
jom baca pasal rokok lak..ada apa ye dalam rokok tuu.?hurmmm...


BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK


Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah  

  • bahan radioaktif (polonium-201)
  • bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone)
  • pencuci lantai (ammonia)
  • ubat gegat (naphthalene)
  • racun serangga (DDT)
  • racun anai-anai (arsenic)
  • gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati
Bagaimanapun racun paling penting yang terdapat dalam sebatang rokok adalah Tar,Nikotin dan Karbon Monoksida.
  •  Tar - mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
  • Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok.
  • Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

 Ok, dah taw kan apa ada dalam rokok tu kan.. 
so, memang bahaya la rokok nie.. 
terpikir jugak la, yang merokok tu..depa xtahu ke..or saja buat2 xtahu..hurmm..
kat kotak rokok pun ada gambar2 yang..euwww..ngeri gak la tgok..
tapi masih jugaaaaa...


GAMBAR-GAMBAR CMNI NI HAA..NGERI KAN?
KESAN MEROKOK

  • penyakit mulut, kerongkong, paru2 dan barah
  • penyakit emfisima
  • penyakit dibahagian esofagus, perut dan pankreas
  • salur darah arteri menjadi sempit
  • merosakkan dinding arteri
  • simptom kebas pada kaki, jari
  • migrain
  • pedih ulu hati
  • kekejangan otot kaki
  • serangan penyakit jantung
  • merosakkan buah pinggang dan pundi kencing
Kepada si perokok..memang saja la tuu..xdak penyakit cari penyakit..jgn mare yew..hehe
sayangilah nyawa anda..ingatlah ore tersayang..:)
pasnie..cuba2 la berhenti merokok..taw, bukan senang..nak2 lagi perokok tegar..
but at least..kurang2 kan la..untuk kebaikan bersama..
kepada yang ada pasang niat nk berhenti tu..bawah ni ada a few tip..:P
selamat mencuba...

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai

Faedah Berhenti Merokok
  • Hidup lebih lama
  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Dunia sains telah mengenalpasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berhenti merokok dan punca utamanya ialah ketagihan terhadap nikotin.

xrugi lah xisap rokok nie..baru macho.. xgitu? ~~
btw, i'm glad..kanda dah berjaya berhenti..hoyeahhh!!
congrate tO kanda..hhehehe..
jangan cuba dekat ngan bendalah tu lagi..
taw!!! 
<3<3<3
so, kesimpulannya disini..
KATAKAN TIDAK PADA ROKOK..:)



SEKIAN...
(SUMBER: dari risalah yang ku ambil kat hospital..untuk renungan bersama..)
Ngeee.. :p

Friday, 24 February 2012

what a supriseee!! tadaaaaaaaaa...^_^

Kamu pernah beriku surprise, Dan ore memang tersuprise la ngan surprise yang kamu bagi tuu.. Ore suka sangat surprise tu..igt x surprise ‘SYOK-SYOK’..hehe. trimas ye..susah2 jew..:)

Kali ni, biar ore plak yg bagi surprise.. Actually xde la surprise pun..just suka2 je..xde keje kan, so buat la menda alah nie.hehe.. Saja je kata surprise sebab nk kasi gempak sikit.. haha..

Asal sebut je surprise, mesty kamu tanya benda apa? Ishhh.. S.A.B.A.R.. nama pun surprise kan, kalau kasi tahu mne nk surprise ye sebab dah tahu,. Xgituh?  Hehe.

Tadaaa..
supriseeeeee!!



Surprise tak? Surprise tak? Hahaha..
Ni buat semalam..masa kita bincang serius tuu..tetiba je rasa nk buat nie. So, just do it. Ngeee ~~

Ore betul2 maksudkan apa yg kita bincang smlm taw! ^_^

F.Y.I kamu selalu buatku tersenyum sendiri.. I praise Allah For Sending Me You Kanda..
I HATE U..(falsafah kita)..


p/s : nak yg lagi surprise?? Tungggguuuu…..:)))

Sunday, 19 February 2012

YAUMA AHAD!!

Assalamualaikum bintang2 semua..
minggu ni i'm quite busy..rasa mcm penat gler..padahal xdelah buat keje berat pun..
just mentally tired! huhh..saja nk wat terok! Ma abah wat keje mesty lagi penat kan? hehehe..
ok, saya xpenat pun. xsangat..:P


Hari nie hari ahad..Yauma Ahad! yauma tu maksud ye hari deh..dlm bhasa Arab daa..
saya menjalankan misi mencari keje.. dapat tahu ada jawatan kosong dari keratan surat khabar yg abah bagi.. Abah ckp ..'try mintak keje sini, ada byk keje kosong'.  Lama dah abah bg paper tuu..cuma hari ni bru sempat nk pegi. Ditemanin Mastura Rara..petang kuw 2.30  baru kami kluar p cari alamat kat paper tuu. Dengan mengenakan baju kurung ala2 perempuan melayu terakhir gituu..pakai baju kurung laa..nk nmpak formal cket..nk pakai kemeja xde yg seshuaii..hehe..so, baju kurung is the best outfit i think..


Kami pusing satu bandar Kubang Kerian..lalu kot depe Hospital Kube Kerie (kubang kerian) ..hehehe..aku wat lampu isyarat as guide..kalau aku nk lalu simpang, lampu merah tuko ijau tu, mknanya ikut jalan tu, hahahha..pasrah je jln tu betul x. ^__^ boleh lagu tu? boleh laaa..tya  jugak jalan ngan ore-ore situ, baru jumpa deh. nunn hujung sano.


ni view dari luar Hospital Kubang Kerian..:)
saja nk selit gamboo..hehe


Lepas tu kan, tyme nk masuk tuuu..baca bismillah byk2..dengan wat muka ayu cket, sengih2...p kat kaunter ' kak, saya nk mtk borang jawatan kosong'..hehe..kak tu ckp..'kena byar dik, satu borang RM5'..naseb bek bwk det lebih..kalau x..balik saja..hehe.. isi siap2 situ..sebab mls nk datang balik dah..jauh kot! gpun, salinan sijil2 dah ado. bwk siap2 td..bg semua sijil hat ada..hahhaa..xtaw yg mne satu yg dy nk2 pakai..bagi je laah..
Lepas siap isi,tampal gambar..serah balik kat kak tadi..then balik!


Jalan jem doe..yela, kuw 5 dah. ore balik keje! naseb bek nek moto..menyelit sakan tadi. haha..xpe, aku mmg pro dah selit2 nie..hahaha..Otw balik tu..singgah Bank Islam jap..ada urusan. then terus balik..
tu je la kisah yauma Ahad..korang doa2 la biar aku dapat keje tu ea. Amin.!


Malam nie, nk p hospital deh..giliran aku tuk jaga Mek..dah 3 hari Mek masuk wad. darah tinggi! hurmm..
ni first time aku kna tggu ore sakit kat spital taw! sebelum ni penah la jaga ore sakit..tapi kat umah je..xpenah lagi la bermalam kat Wad..harap2 mlm ni kanda xde keje..so, leh la temankan dinda..ek? ek? hehehe...

Wednesday, 15 February 2012

ABC Of Friendship..:)

Assalamualaikum semua!

Haaa..rni nk share cket pasal persahabatan..
korang mesty ada kawan kan? mesty ada yer la. mustahil la xde..kan? 
saya pun ada kawan.. saya perlu kawan. xtahu la cmne hidup ni kalau xdak kawan. mesty sunyi kan? nak p mne2 msty nk berteman kan.. xsyok la jln sorg2..xgitu? hurmmm..saya la tuu..hehehe
kwn ni ada byk jenis..ada kwn time senang..time susah. jarang sangat nk jumpa kwn2 yg sesama susah senang zaman skunk nie..Tapi..so far Alhamdulillah.. kawan saya baik2..xde lagi yg tikam belakang saya nie..belakang saya ok lagi..hahaha..
buat kwn2 saya..i love you all so much..muahhh! ngeee..

ni ada tips sikit tuk berkawan..tapi kot omputih..hhehe..dapat tips dari magazine..mcm ok ja..so, nie yg nk share ngan korang..
have a read..^_^

Happy happy day..yippiee...:)

A - Always be honest…
B – Be there when they need you…
C – Cheer them up…
D – Don’t look for their faults…
E – Encourage their dreams…
F – Forgive them…
G – Get together often…
H – Have faith in them…
I – Include them…
J – Just be there…
K – Know when they need you…
L –Love them unconditionally…
M – Make them feel special…
N – Never forget…
O – Offer help…
P – Praise them honestly and openly…
Q – Quietly disagree…
R – Really listen…
S – Say you are sorry…
T – Talk frequently…
U – Use good judgement…
V – Verbalize your feelings…
W – Wish them happy…
X – Xamine you motives…
Y – Your words count, use them wisely…
Z – Zip your lips when you have been told a secret…



Wednesday, 8 February 2012

Saya Ada Miko Meow Meow..

Just nk share something that make me happy. Hippieee...hehe
saya dh ada si meow meow kat rumah. hehe..
Abah jumpa kat tempat keje dia. comel sangat..wane oren deh..
masa abah bwk balik ritu, chomot sgt..yela, kucing terbiar deh..
tapi....pagi smlm saya dh kerjakan dy..pagi2 lagi saya mandikan dia..
pakai sunsilk lagi..guna jari pun boleh ..hhhaha..pastu sapu minyak..sembur perfume 
cket nk bg wangi..haha..si chomot dah bersih dan wangi! ^_^

Bukan Miko sebenar..
Camni la Miko lepas mandi..hehe..


Nak bagi nama kat chomot..lepas bincang2 ngan adik. kasi nama dy Miko Chan..hehe..just call it Miko! 
hari ni Miko saya sakit deh..tangan kanan dy sakit..jalan pun guna sebelah tangan ja,.terhincut-hincut..Cian dy..adik ckp..sebab saya mandikan dy terok sgt kot..hahha..Mane ada! saya mandikan dy dengan penuh belaian manja gituh..hiks! Urmmm..saya pun xtahu apa sebabnya..tangan Miko terseliuh kot! nak je bwk p klinik. tapi xpe..,Miko saya kuat! it my HERO..^_^

Meow yang comel like Miko! hehe

Miko..kalau nk stay lama2 kat umah..satu je syarat. jgn 'melabur' dalam bilik i dah..kalau nk melabur p jamban! haha..mcm la Miko paham. tapi asa Miko leh duk lama dlm family i nie..dgaq kata. berak pun kat tempat spatutnya..haha..saya sayang MIKO saya.!



Saturday, 4 February 2012

Ada Apa Dengan Bulan Bintang?


 Assalamualaikum.. bulanbintang in da house..hehe. lama dah buat blog. Tapi tgok xdak post lagi kan? Xsempat deh nk menge’post’..hehe. yg first entry tu..bukan saya tulis eh.. ada la someone yg tlong postkan. Cian deh xdak pa..so, dy buh p la satu.. :)

Ada orang tya, kenapa bulanbintang? A’aa lah. Kenapa bulanbintang ye? Kenapa x langitbumi ke? Awan nano ke? Ehehhe.. sukati kita lah. Hiks! Ok, ada la a few reason, why i choose bulanbintang. First, sebab ..saya suka tgok bulan bintang. Hehe.  malam2 kan, eh msty la mlm,klau siang mne ada bulan ngan bintang kan? .. kehkeh..mesty jenguk langit. Tgok ada byk ke sikit bintang kat langit tu.. sambil tgok smbil duk cari jenis2 buruj. Hehe. Slalu hat jmpa pun buruj biduk, belantik, pari,. Yang len xsempat nk usha. Keke.. nak2 pulak ada bulan terang pastu bintang banyak2.. Wahh, cantik der.. kalau boleh nk je tido situu.. ngee..~~

Sebab kedua. Urmm..apa yer..sebab bulanbintang ni mengingatkan saya kat someone.. hehe. Cer teka..sapa? sapa? Hehe. Ada laa,. Hee.. kdg2 tu..xsempat jgk sy nk mengintai langit. Tapi bila dy tgur..’eh, tgok bulan x malam nie? Bulan cantik la malam nie..hehe’..cepat2 saya lari keluar. Cari bulan. Hee.. rindu yer kat awak.. :P

Sebab 3, bila saya tengok bulanbintang kan, asa tenang jaaa.. damainya dirasa. gpun, bulanbintang ni kan salah satu lambang kebesaran Allah SWT.. rasa kagum bila tgok. Klau tiada bulan, tiadalah bintang. Dan sepilah malam. Cehh..hihi.
 Byk lagu pasal bulan bintang nie. Cer dengar. . okokla.. ^_^

Dah la, tu je kot.. pendek citer..saya suka lah bulan bintang nie. Penah dgar x lagu Tentang Bulan.?  Sebaris lirik dy, bulan bintang jadi kawan. Bak kata pepatah, berkawan bi0lah beribu.. begitulah persahabatan,macam bintang-bintang di langit sano.. ehh, pa kena mengenanya? Watevaaa.. Renung2kan ..dan selamat beramal..hehe.. Daaaaaa.. 

Sunday, 29 January 2012

1st Time Login

Assalamualaikum..
1st time login.. tp bukan tuan empunya blog..

kanda.. bukan nama sebenar.. haha..
OkOkLa... 

note for BulanBintang..jgn lupa follow CAK..