Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 di luar sana..:)
buat pe tu? sihat semua? hehehe..
Lama dah xupdate blog nie..dah bersawang pun blog aku nie..hehe..
Btw, entry kali nie..khas buat perokok2 tegar di luar nuh..
Jom buang sesawang kat blog nie..^_^
Selamat membaca..
MEROKOK ADALAH HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram..
Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia adalah diharamkan seperti firman Allah :
“…Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan…” Al Baqarah :195
Pandangan Ilmuan Islam Mengenai Hukum Merokok
Dr. Yusuf al-Qardawi didalam fatwa Muasirah berkata, “Dari penjelasan yang diberikan , saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali. Malah, pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: Makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat disudut alasan dan hujahnya”.
Sesungguhnya Islam telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan dhorar (memudaratkan orang lain) dan dhiror (membalas perbuatan orang lain dengan kemudaratan ). Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka berada di sekeliling perokok tersebut.
Haa, baca dah? apa yang kamu-kamu paham?
Rokok ni bukan je merbahayakan kamu-kamu yang merokok,
tapiiiii...
boleh merbahayakan kamu-kamu yang berada dekat ngan si perokok ni..so, pasni duk jauh2 ngan depa2 nie taw! ^_^
jom baca pasal rokok lak..ada apa ye dalam rokok tuu.?hurmmm...
![]() |
BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK |
- bahan radioaktif (polonium-201)
- bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone)
- pencuci lantai (ammonia)
- ubat gegat (naphthalene)
- racun serangga (DDT)
- racun anai-anai (arsenic)
- gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati
- Tar - mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
- Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok.
- Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Ok, dah taw kan apa ada dalam rokok tu kan..
so, memang bahaya la rokok nie..
terpikir jugak la, yang merokok tu..depa xtahu ke..or saja buat2 xtahu..hurmm..
kat kotak rokok pun ada gambar2 yang..euwww..ngeri gak la tgok..
tapi masih jugaaaaa...
![]() |
GAMBAR-GAMBAR CMNI NI HAA..NGERI KAN? |
KESAN MEROKOK
- penyakit mulut, kerongkong, paru2 dan barah
- penyakit emfisima
- penyakit dibahagian esofagus, perut dan pankreas
- salur darah arteri menjadi sempit
- merosakkan dinding arteri
- simptom kebas pada kaki, jari
- migrain
- pedih ulu hati
- kekejangan otot kaki
- serangan penyakit jantung
- merosakkan buah pinggang dan pundi kencing
Kepada si perokok..memang saja la tuu..xdak penyakit cari penyakit..jgn mare yew..hehe
sayangilah nyawa anda..ingatlah ore tersayang..:)
pasnie..cuba2 la berhenti merokok..taw, bukan senang..nak2 lagi perokok tegar..
but at least..kurang2 kan la..untuk kebaikan bersama..
but at least..kurang2 kan la..untuk kebaikan bersama..
kepada yang ada pasang niat nk berhenti tu..bawah ni ada a few tip..:P
selamat mencuba...
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
|
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Dunia sains telah mengenalpasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berhenti merokok dan punca utamanya ialah ketagihan terhadap nikotin.
xrugi lah xisap rokok nie..baru macho.. xgitu? ~~
btw, i'm glad..kanda dah berjaya berhenti..hoyeahhh!!
congrate tO kanda..hhehehe..
congrate tO kanda..hhehehe..
jangan cuba dekat ngan bendalah tu lagi..
taw!!!
<3<3<3
so, kesimpulannya disini..
KATAKAN TIDAK PADA ROKOK..:)
SEKIAN...
(SUMBER: dari risalah yang ku ambil kat hospital..untuk renungan bersama..)
Ngeee.. :p
wahhh.. dah jd doktor..
ReplyDeletenak tmbah sket..
tips sterusnya tuk bhenti rokok..
kena ada sumone yg press..hehe..
Besalah. dulu kecik2 cita-cita nak jadi doktor..
ReplyDeletehehehe..
doktor eh??
Deletejd doktor kanda udah lew..