Pages

Sunday, 29 July 2012

Saya sudah letak jawatan. Anda bila lagi? ngeee..~~


Assalamualaikum...


Memang taleh blah la title tuu.. ‘Anda bila lagi?’ Haa,jgn terpengaruhnya.. itu untuk mereka2 yang mempunyai sebab musabab yang merasakan perlunya jawatan itu diletakkan. Haha. Kepada sesiapa yang dah punya kerja tuu, kerja la leklok ye. Untung la, nak2 pulak yang dh kerja bagus. Bersyukur lah anda sebab ramai diluar sana yang masih jobless. Bukan senang nk dapat kerja zaman sekarang ni kan? Seriously, mcm2 dugaan dan cabaran. Pengalaman ini saya rasakan sendiri. Memang kena banyak sabar dan yang penting jgn cepat mengalah. Kalau ada rezeki tu xkemana.. Jom nyanyi, ‘ kalau engkau jatuh, jangan engkau lemah kerana itu mengajar kita jangan cepat mengalah’..lalalala..

Actually, saya dalam mood dilemma nie.. rasa sayang nk tinggalkan kerja skrg ni. Ada bos yang baik, officemates yg membantu, dekat ngan umah lagi..tu yg syok. Tapi nk wat cmne kan.. i have to decide in pursuing my dream. Saya kena buat keputusan jugak. Setelah merujuk pendapat para penasihat dan hasil perbincangan dengan beberapa individu, keputusan telah dibuat. Tingggggg!!!! Maka, wujudlah situasi berikut..

Pagi yang tenang dengan cuaca jo’ongg(mendung deh) mendamaikan ..:)
Jam didinding menunjukkan detik 11 pagi. Ting tonggg..

Ku mengetuk daun pintu lalu memberi salam..

Me: ‘Assalamualaikum encik..
Encik bos : Ye, ada apa Da? Sambil memandangku kehairanan..
Me : ‘Da nk bagi surat ni kat encik. Encik baca lah’. Sambil ku menghulurkan sekeping kertas putih bertaip dengan font Times New Roman kepadanya.
Encik bos : ‘Bila lapor diri? ‘ tanya encik bos setelah selesai membaca isi tulisan yang tertera pada surat itu.
Me : ‘2hb September ni encik. Da minta maaf encik sebab Da kena berhenti kerja. Da pun xsangka dapat tawaran ni. Dua kali dh Da apply tapi xpernah dapat pun, xsangka pula kali ni dapat.’ Aku memberi penjelasan.
Encik bos : ‘Dah kerja sini, bru nk dapat. Kalau xpergi dulu xleh ke? ‘ Sambil tersenyum.. aku turut sama senyum.:) tiba-tiba telefon encik bos berdering. Aku menarik nafas lega, aku terlepas dari menjawab pertanyaan tadi. Hehe..
Me : ‘So, macam mane encik? ‘ aku menyambung perbualan.
Encik bos : ‘Dah tu, nk buat cne? Xkan saya nk halang pula kan?’ aku mengangguk tanda mengerti apa yang dimaksudkan oleh encik bos.
Me : ‘Terima kasih encik. Encik, Da nk tanya pendapat encik ni..encik rasa course ni ok x cik? Kalau saya sambung degree course ni, nti saya akan kerja apa encik?’ Aku yang masih tidak berapa jelas mengenai  cabang kerjanya meminta pendapat. Lalu, encik bos memberi penjelasan ringkas yang padat mengenai course tersebut.
Me: ‘Ooo,macam tuu.. Nti saya abes belajar, boleh la kalau saya nk kerja kat sini balik?’ Hehe. Tanya aku berseloroh.
Encik bos : ‘Kalau ada projek besar boleh la..lagipun kat Kelantan ni boleh kira ngan jari projek – projek besar.’ Aku cuma tersenyum mendengar bicaranya.
Me :  ‘Ok la encik. Terima kasih. Saya mintak diri dulu encik.’  Lalu ku beredar dari bilik encik bos dan terus ke meja kerja. Aku termenung seketika memikirkan ulasan yang diberikan encik bos sebentar tadi.

-TAMAT-


p/s : Baca abes x novel kat atas tu? Hahaa. Novel ke? Kalau buat novel asa xde yang nk baca kot. Penulisan hancusss..hahaha. xpe...saja je ni.gewdik-gewdik menulis. ^_^
Sekian sahaja nukilan kisah kehidupanku untuk hari ini.. jumpa lagi lain masa. paPpaiii...



3 comments: