Tuesday, 21 January 2014
resepi ketupat sotong
Assalamualaikum...
selamat pagi dan petang
berkira2 dalam kotak fikiran ni, aku ada menjanjikan untuk berkongsi resepi ketupat sotong dengan belog bulanbintang ni. maka pada petang yang mulia ini dengan hujan rahmat renyai-renyai dan dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, janji ku kota.
Selamat mencuba ye kawan2. :)
***************
Bahan - bahan
note : untuk 5 orang makan dengan division 2 ekor setiap seorang
-depends on had muatan perut uols lew..
* 10 ekor sotong segar. saiz sederhana besar-dibersihkan
* beras pulut - anggaran. perlu dibasuh terlebih dahulu then toskan.
* 2 kerek nisan or bahasa bukunya gula melaka.
* santan dari satu biji kelapa
* gula - atas option tastebud sendiri
* sedikit garam
* daun pandan 2/3 helai
* pengcukil gigi/lidi
cara - cara
1. bersihkan sotong. kemudian masukan beras pulut yang telah dibersihkan tadi kedalam perut sotong dengan kadar nisbah separuh dari 'ketinggian' sotong td.
p/s : jangan masukkan sampai padat sebab, bila pulut dah masak nanti sotong akan pecah perut. hehe. kembang lah maksudnya. so, akan kelihatan tidak cantik ya puan-puan.
2. Then, sematkan kepala sotong ke badannya. cucuk lidi supaya pulut tidak terkeluar.
3. Susun dalam periuk dan masukkan santan, daun pandan, gula melaka/nisan, garam dan gula. kacau sambil2 hingga mendidih.
4. Rasalah manis dan lemaknya. anggaran pulut masak adalah seperti kita memasak nasi.
sekian sahaja untuk hari ni..
simple right? as easy as an ABC.
see u next.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment