selamat pagi dan petang.
Dalam atmosfera ruang litup kediaman konkrit tidak bertingkat dengan rona warna amber gold ala mambang kuning diselang sedinding peach bouquet, penulis bersendiri didalam dunianya.
Hanya ditemani makhluk petak berabjad dengan angin mechanical yang tidak jemu menjalankan rutinnya agar suasana menjadi lebih damai dan televisyen dihadapannya dibiarkan berceloteh tanpa ada yang hirau.
fikiran penulis tidak bersamanya saat ini. fikirannya melayang entah kemana. aku juga tidak pasti. mungkin ke suatu ketika dahulu. Dengan iringan lagu-lagu jiwang yang mengulit kenangan membawa penulis terus hanyut dalam dunia khayalannya.
dahulu yang tidak seperti sekarang. pasti!
sedang penulis ligat menekan abjad-abjad pada teman petaknya itu, penulis dikejut dengan nada lagu Bruno Mars pada telefon model 3310i milik beliau. Nama pemanggil terpapar pada skrin dipandangnya sekilas.
egonya menebal. dibiarkan Bruno Mars dengan lagunya. pedulikan!
Bila perhatian diberi tidak diendah, usaha bagaikan tidak dihargai, diri dipersenda.
penulis kecewa.
penulis kecewa.
![]() |
leave me alone !!! |
penulis masih lagi dalam dirinya yang dulu. tiada yang berbeda. hanya sedikit masa diperlukan untuk egonya kembali 'menipis' . :P
mungkin kerana perubahan hormon wanita,mahupun perubahan kendiri, aku tidak pasti kenapa penulis bertindak sedemikian.
peace! smile.. :))))
selesai.
mungkin kerana perubahan hormon wanita,mahupun perubahan kendiri, aku tidak pasti kenapa penulis bertindak sedemikian.
peace! smile.. :))))
selesai.
p/s: love is precious so appreciate it, love between friends, family, him/her but the most precious is love with God.
No comments:
Post a Comment