Pages

Thursday, 10 July 2014

11 Amalan Sunnah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. 






Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Saturday, 5 July 2014

Sungkey Luar with Noffa


Assalamualaikum.. 
selamat pagi dan petang semuaaa.. 

ore lain dah balik keje. aku je belum lagi. stay dulu nak update blog kejapppp jee.. 
mesti uols heran. hari sabtu pun keje eh? yelah.. iols keje you.. cuti iols xsama ngan org lain. sbb tu nak g jengjalan ngn kawan on weekday, iols kena amek cuti. but, nevermind! redha. ngeee


ok. kembali kepada cerita asal.. 
semalam kan birthday dak fatin. So, mcm dijanjikan,aku bawak dia sungkey luar. kami pegi kat kedai Nasi Kerabu Pah. sebab lama dah aku teringin nak makan nasi berwarna tuh. hehe..
kat Kuching ni ada satu kedai nasi kerabu. Dekat area pasar Kuching menghala ke Waterfront. 
itu tempat yang aku tahu la. lain-lain tempat tak pasti. Tak dan nak jelajah jalan-jalan cari makan. kedai dia takde la eksklusif mana. Tapi, rasanya .. Memang sedap. thorbaiikkkk! :P

Oopss! lupa. ''Sungkey'' tu arti berbuka puasa yew. . dalam bahasa Sarawak. 


ini Nasi Kerabu Special.
 Cukup zat dalam sepinggan lengkap. ada protein, karbohidrat, serat, pakej ngan lemak skali.
^_^



Then , kami pegi jalan-jalan Waterfront . aku nak beli souvenir untuk cayam-cayam di Semenanjung. dah tak lama di Kuching nih.  Minggu depan aku dah boleh balik Semenanjung. dapat transfer sana pulak. hehe. Syukur. 

Dak fatin kata nak tgok citer Transformer yang baru tu. Age Of Extinction. So, kami pegi la kat Riverside Shopping Mall..
aku memang tak pernah tgok wayang bulan Ramadhan. rasa macam tak sesuai je. Tapi, teringat ustaz kata, boleh tgok. Hukumnya tak salah selagi kita tidak melanggar syarat - syarat berikut : 



1. Tajuk dan isinya tidak bertentangan dengan aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contonya maghrib semata-mata untuk menonton wayang, al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yg berpaling dr mengingati Allah. 

3. Elak bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.

*******************************************************************
Sementara nak tunggu masuk wayang tuh.. 
selfie dulu.. hehe.. 







berani dak fatin muncung kat makcik tuh.
Mentang-mentang la bulan puasa. semua hantu kena ikat. hhehe



Seram aku tgok makcik kat lakang tuh. Although it just a cardboard. 



Dia panggil masuk dah. Beli popcorn dulu .. wat sahur. 


SELAMAT MENONTON! :)

 selesai suda.. 
lama kot citer tuh . 3 jam kat dalam panggung tuh, jenuh tahan mata nak perabeh. 
tapi .. berbaloi laa.. Transformer Age Of Extinction is best! 



DOne update! see u .. 
NAk balik buka posa pulak nih..

Friday, 4 July 2014

Happy Birthday Fatyn Noffa


Assalamualaikum.. 
selamat berpuasa kawan-kawan.. 


entry ini ditujukan kepada birthday girl Fatyn Noffa semata-mata.. hehe






Again. Happy birthday to you. be a sweet 21 birthday girl.. 
i wish u all the best cayam.. 
Selamat menempuhi sebuah kehidupan yang lebih mendewasakan. 
semoga kamu sukses ye .. 

As a birthday present. jap lagi kak ida belanja buka puasa. 
pastu kita g cari teddy bear ehh.. 


*************************************

Selama aku kenal ngan dak fatin ni. aku dah anggap macam adik aku dah. 
mula-mula kenal ngan dia.. My first impression, terdetik dalam hati ini  'budak nih pemalu ye!' , boleh kira sehari dia cakap brapa patah perkataan je. sepatah tanya sepatah jawab. 
tapi...
bila dah lama-lama kenal tu. Ermmm,pemalu lah sgt! kalau dia dah start bercerita tuu,laju je. aku gelak je la. senyum-senyum dengar dia duk pot pet pot pet. Muahaha

lagi.. yang aku kenal dak fatin ni, dia pengemar warna biru. Apa2 nak dibelinya mesti pilih kaler biru dulu baru tgok design . 
Dan dia suka sgt ngan teddy bear. dari kecik lagi katanya. 
header blog dia pun letak gambar teddy. tak caya tengok lah sendiri.  


Kami ada persamaan. We are cat lovers. Alkisahnya boleh tahu dia suka kucing, masa aku bawa kucing dari umah Atul balik hostel. Dia melayan ja si mayau tuh. Belai-belai, ajak main, siap selfie lagi ngan kucing tuh. aku belum kasi kucing tu nama. dia yang bagi nama dulu. "Meng Meng".. dia cakap semua kucing dia panggil meng meng. kucing2 kat umah dia pun semua nama sama ja. hahahha.. 


See! selesa ja Si Meng Meng tido kat riba dak fatin. 



Lagggiii...
dah la tu sikit - sikit. nanti kantoi ngan dak fatin pasal entry ni.. malu aku.

Ok la .
nak siap p amek dak fatin. Mahu berbuka puasa kat Waterfront.

Byep!

^_^





Tuesday, 1 July 2014

Cherita Si Merah



Assalamualaikum chinta.. 
selamat pagi dan selamat petang..<3


4 Ramadhan 1435H


Rasa kejap ye bulan puasa. Ehh, hari ni sudah 4 hari kita puasa eh?
So, tanya diri macam mana checklist bulan ramadhan tahun ni. Ok? Haaa, jom kita pakat-pakat tepuk dada sendiri tanya jawapan. Muehehehe.. 


 InsyaAllah,.. 






Ada yang mengeluh,
Ingin gugur dan jatuh,
lalu dia berkata LELAH.


Ada yang lelah,
tubuhnya penat,
tapi semangatnya kuat,
dan dia berkata LILLAH..


*******************************

Walaupun aku menyambut puasa jauh dari keluarga, tapi kat sini aku rasa bagai dengan keluarga sendiri. Dengan layanan yang diberi oleh keluarga 'kak long' buat aku tak terasa sendirian kat bumi Sarawak ni. 
Aku pun dah buat rumah kak long macam umah sendiri dah, 'macam' okay!! Jangan nak over kau! hehe.. walaupun  rasa segan-segan silu gitew.. :P

Anak-anak kak long pun, dah macam adik aku. Abg Iji yg macho, Ijam the noty boy, dan Uyon si dara. hehe
Dan.. untuk Faridatul Aisyah aka Atul.. anda adalah watak yang paling penting dalam the story of my life. 
thanks sebab dah temankan kak ida sepanjang stay kat sini.
kitak layan jak ngan karenah kak ida nak nang tergegeh tok. dh ngaja kamek kelaka sarawak walaupun salah tatabahasa,sik paham apa yang di ngereco kamek. haha. 

mesti kak ida rindu ngan kitak semuanya mun dah balik Semenanjung kelak. huhu
sik sabar nak balik tapi jaik hati juak. cmney nak molah mun camya. balit ka sik tul? :)
ok lah ya, kitak sikboh nakal. kamek doa kitak ngan eheeemmmmmmmm bahagia. hikhik.. 

Last but not least, terima kasih banyak baaaaanyaakkkkkkkkkkkkkkkkk semuanya. Abang jamil, kak long, Atul dan adik-adik nak kacak comel ya. sik terbalas kamek. 


Haishhh.. kenak tetiba sedih indah. 
dah2..sedih p main jauh-jauh hau ya. 


ok. byep! ^_^