Selamat pagi dan petang
Ku kini dibumi Sabah bhaa..
untuk pertama kalinya.. i was at Borneo.
![]() |
bendera Sabah! untuk yang lupa how Sabah flag look alike. :P |
flight departure at 11.25am 11 februari 2014. Naseb dapat seat A tepi tingkap. so, dapat lah tgok luar tu. gayat! haha. cewwii je aku ni. Normal lah kan bagi yang pertama kali. yang banyak kali tu lain ceritanya. sepanjang 2 jam tu dalam flight tu aku xtido pun. Snap! snap! ngeee.. pengalaman pertama katakan. kali kedua dan seterusnya tobat xjadi mcm ni dah. hihiks~
![]() |
ini pada ketinggian ??? dari paras laut. hehe.. xsempat nak ukur. kapal terbang ni laju sgt. :P |
![]() |
dah masuk Sabah. landing time! zam zam ala kazam. |
proses penyesuaian diri kat tempat baru ok. kawan-kawan ok. kerja ok. Dah nak masuk 10 hari kat sini. so far so good. aku suka. lagipun semuanya dekat-dekat. ASNB luar tu je. semua urusan personal aku boleh pegi jalan kaki ja.
dalam 10 hari aku kat sini, aku belajar cakap sabah. ('tak ada' - 'tiada'). ('tak apa'- 'dak apa') 'siring', 'anuh' ..mcm2 lagi la yang aku sendiri belum khatam lagi. memahami budaya sabah. kadang aku perasaan ore sabah ni cakap dia mcm ada bunyi qolqolah gitew. masakkk bha. lagi.. sini,nak cakap pasal suku2 ka keturunan ka.. pandang kiri kanan. means jaga-jaga. aku dipesan sebegitu.
Makanan Sabah. haaa.. ni part paling menarik yang aku alami. aku dibawa mencuba makanan Sabah. spesifik name xtahu. tapi panggil umai dan latok je. ini dia!
![]() |
'latok' yang hijau , 'umai' yang satu lagi tuh. |
latok tu sejenis rumpai laut. aku pun xtahu dia masak mcm mne. mungkin just rebus je kot. cicah ngan air asam dia. yang umai tu, dia isi ikan ditambah rasa perahan asam limau campur bawang, tomato,lada..apa lagi. aku makan ja.. kami pergi berlima. aku, iema, kak suhana, jai ngan wilma.
dipendekkan cerita,keesokkanya ...
pepagi lagi perut aku dah memulas. pagi tu tak suspek apa lagi. ingat mcm rutin harian la bangun pagi 'buang'.. ini dah sampai berploh kali kerja masuk jamban ja membawa pulak sampai ke malam.. ini xleh jadi ni. rupanya kawan aku, Iema. dia pun sama. kena cirit. Padahal kami keje duk selisih jamban ja, mcm mna aku boleh tak tertanya. ahaha.
berusul-usul makan . Sah! ini xde lain ni.. mesti 'latok' punya kerja ni. sebabnya yang makan benda tu aku ngan Iema ja. yang lagi 3 orang xmakan. depa makan umai ja. perut depa ok . no prob! yang si Iema lagi teruk cirit dia. sampai muntah bagai. sebab dia yang habiskan itu latok.
Last2, xleh tahan deh. aku ngan Iema p Poliklinik. kami dapat satu plastik ubat minum dan MC.. yeayhh! rehat2. part yang tak boleh blah masa jumpa doktor tu.. dia suggest aku buat pregnancy test. apa lah doktor nih. ore cakap salah makan bha. bukan salah laku. herrr.. boleh pulak tanya 'you sure?'.. aku jawab dengan confident tahap maksima. 'yes, i'm sure. i tak pregnant puan doktor!!! '
cerita kat en. tunang. ehhhhh,.dia bagi paku buah keras pulak kat kita. yela, dulu2 aku pernah pesan kat dia jgn makan sembarangan. ini aku pulak yang kena. biasa la tu yunk, instinct mau mencuba bha.
![]() |
kat KK ni banyak beno kedai yang jual seafood. murah! murah! |
![]() |
'The Pearl'.. namanya tidak asing lagi disini. |
![]() |
cantik kan? memang sakit hati tgok. sebab semua cantik2. hehe |
lepas makan malam tu.. Kak Suhana bawak pergi Pantai Tanjung Aru. kat sana ada org jual-jual. yang suka makan buah boleh la kesitu. ada jagung rebus. ada kacang. ada asam. ada apa lagi ye.. haaa.. ada game animasi. '6D motion adventure' . ada ore jual mainan.
tapi.. xde ore jual nyam-nyam. kalau ada konpem aku beli. ngee~~
![]() |
I was here! |
Next...
![]() |
from KK to Kuching. |
cakap 'kamek' 'kitak' pulak la aku pasneh. nanti ku update pasal Sarawak lak. :))
sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. tqvm..
assalamualaikum...
p/s: i have to prepare myself again. mentally and physically to adapt new environment there ! :)