Pages

Sunday, 21 September 2014

Surat Cinta Tentang Sholat


Assalamualaikum.. selamat pagi dan selamat petang ..




Surat Cinta Tentang Sholat".
Bila engkau anggap sholat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.    
Bila kau anggap sholat hanya sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..
Anggaplah sholat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.
Anggaplah sholat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.
Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.
Anggaplah sholat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.
Bayangkan ketika "adzan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.
Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhanNya. 
Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".
Bayangkan ketika kau "duduk diantara dua sujud", Allah berdiri gagah didepanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam bila ada yang mengusikmu".
Bayangkan ketika kau "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...Subhanallah sungguh nikmat sholat yg kita lakukan.
Wassalam Sekiranya baik utk kita jom kita share dgn teman n shbt yg kita kasihi smoga mereka juga mendpt manfaatnya. Aaamiinnn

sharing is caring. .
sekian.
shahida ismail

Saturday, 20 September 2014

kembali kepada inibulanbintang..

Assalamualaikum w.b.t
selamat pagi dan petang. 

my first entry after raya.
tak sempat nak menghupdate . 
banyok keje gitew.. 
alasan semata - mata

Actually, i have changed my blog address to cheritasimerah.blogspot.com before
but.. 
rasa macam tak best je. macam tak best ja. jiwa tak smpai. 
so.. kita kembalikan dia kepada nama asal. 
inibulanbintang.blogspot.com 
^_^

jangan hairan if ternengok gambar - gambar yang ada cop hak  milik cheritasimerah tuu.. i tak curi daripada mana-mana random blog ehh. its was mine. 

ok. just for info. 
ringkas daripada saya. 
blog owner inibulanbintang.
sekian.. 

hiks!




Thursday, 10 July 2014

11 Amalan Sunnah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. 






Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Saturday, 5 July 2014

Sungkey Luar with Noffa


Assalamualaikum.. 
selamat pagi dan petang semuaaa.. 

ore lain dah balik keje. aku je belum lagi. stay dulu nak update blog kejapppp jee.. 
mesti uols heran. hari sabtu pun keje eh? yelah.. iols keje you.. cuti iols xsama ngan org lain. sbb tu nak g jengjalan ngn kawan on weekday, iols kena amek cuti. but, nevermind! redha. ngeee


ok. kembali kepada cerita asal.. 
semalam kan birthday dak fatin. So, mcm dijanjikan,aku bawak dia sungkey luar. kami pegi kat kedai Nasi Kerabu Pah. sebab lama dah aku teringin nak makan nasi berwarna tuh. hehe..
kat Kuching ni ada satu kedai nasi kerabu. Dekat area pasar Kuching menghala ke Waterfront. 
itu tempat yang aku tahu la. lain-lain tempat tak pasti. Tak dan nak jelajah jalan-jalan cari makan. kedai dia takde la eksklusif mana. Tapi, rasanya .. Memang sedap. thorbaiikkkk! :P

Oopss! lupa. ''Sungkey'' tu arti berbuka puasa yew. . dalam bahasa Sarawak. 


ini Nasi Kerabu Special.
 Cukup zat dalam sepinggan lengkap. ada protein, karbohidrat, serat, pakej ngan lemak skali.
^_^



Then , kami pegi jalan-jalan Waterfront . aku nak beli souvenir untuk cayam-cayam di Semenanjung. dah tak lama di Kuching nih.  Minggu depan aku dah boleh balik Semenanjung. dapat transfer sana pulak. hehe. Syukur. 

Dak fatin kata nak tgok citer Transformer yang baru tu. Age Of Extinction. So, kami pegi la kat Riverside Shopping Mall..
aku memang tak pernah tgok wayang bulan Ramadhan. rasa macam tak sesuai je. Tapi, teringat ustaz kata, boleh tgok. Hukumnya tak salah selagi kita tidak melanggar syarat - syarat berikut : 



1. Tajuk dan isinya tidak bertentangan dengan aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contonya maghrib semata-mata untuk menonton wayang, al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yg berpaling dr mengingati Allah. 

3. Elak bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.

*******************************************************************
Sementara nak tunggu masuk wayang tuh.. 
selfie dulu.. hehe.. 







berani dak fatin muncung kat makcik tuh.
Mentang-mentang la bulan puasa. semua hantu kena ikat. hhehe



Seram aku tgok makcik kat lakang tuh. Although it just a cardboard. 



Dia panggil masuk dah. Beli popcorn dulu .. wat sahur. 


SELAMAT MENONTON! :)

 selesai suda.. 
lama kot citer tuh . 3 jam kat dalam panggung tuh, jenuh tahan mata nak perabeh. 
tapi .. berbaloi laa.. Transformer Age Of Extinction is best! 



DOne update! see u .. 
NAk balik buka posa pulak nih..

Friday, 4 July 2014

Happy Birthday Fatyn Noffa


Assalamualaikum.. 
selamat berpuasa kawan-kawan.. 


entry ini ditujukan kepada birthday girl Fatyn Noffa semata-mata.. hehe






Again. Happy birthday to you. be a sweet 21 birthday girl.. 
i wish u all the best cayam.. 
Selamat menempuhi sebuah kehidupan yang lebih mendewasakan. 
semoga kamu sukses ye .. 

As a birthday present. jap lagi kak ida belanja buka puasa. 
pastu kita g cari teddy bear ehh.. 


*************************************

Selama aku kenal ngan dak fatin ni. aku dah anggap macam adik aku dah. 
mula-mula kenal ngan dia.. My first impression, terdetik dalam hati ini  'budak nih pemalu ye!' , boleh kira sehari dia cakap brapa patah perkataan je. sepatah tanya sepatah jawab. 
tapi...
bila dah lama-lama kenal tu. Ermmm,pemalu lah sgt! kalau dia dah start bercerita tuu,laju je. aku gelak je la. senyum-senyum dengar dia duk pot pet pot pet. Muahaha

lagi.. yang aku kenal dak fatin ni, dia pengemar warna biru. Apa2 nak dibelinya mesti pilih kaler biru dulu baru tgok design . 
Dan dia suka sgt ngan teddy bear. dari kecik lagi katanya. 
header blog dia pun letak gambar teddy. tak caya tengok lah sendiri.  


Kami ada persamaan. We are cat lovers. Alkisahnya boleh tahu dia suka kucing, masa aku bawa kucing dari umah Atul balik hostel. Dia melayan ja si mayau tuh. Belai-belai, ajak main, siap selfie lagi ngan kucing tuh. aku belum kasi kucing tu nama. dia yang bagi nama dulu. "Meng Meng".. dia cakap semua kucing dia panggil meng meng. kucing2 kat umah dia pun semua nama sama ja. hahahha.. 


See! selesa ja Si Meng Meng tido kat riba dak fatin. 



Lagggiii...
dah la tu sikit - sikit. nanti kantoi ngan dak fatin pasal entry ni.. malu aku.

Ok la .
nak siap p amek dak fatin. Mahu berbuka puasa kat Waterfront.

Byep!

^_^





Tuesday, 1 July 2014

Cherita Si Merah



Assalamualaikum chinta.. 
selamat pagi dan selamat petang..<3


4 Ramadhan 1435H


Rasa kejap ye bulan puasa. Ehh, hari ni sudah 4 hari kita puasa eh?
So, tanya diri macam mana checklist bulan ramadhan tahun ni. Ok? Haaa, jom kita pakat-pakat tepuk dada sendiri tanya jawapan. Muehehehe.. 


 InsyaAllah,.. 






Ada yang mengeluh,
Ingin gugur dan jatuh,
lalu dia berkata LELAH.


Ada yang lelah,
tubuhnya penat,
tapi semangatnya kuat,
dan dia berkata LILLAH..


*******************************

Walaupun aku menyambut puasa jauh dari keluarga, tapi kat sini aku rasa bagai dengan keluarga sendiri. Dengan layanan yang diberi oleh keluarga 'kak long' buat aku tak terasa sendirian kat bumi Sarawak ni. 
Aku pun dah buat rumah kak long macam umah sendiri dah, 'macam' okay!! Jangan nak over kau! hehe.. walaupun  rasa segan-segan silu gitew.. :P

Anak-anak kak long pun, dah macam adik aku. Abg Iji yg macho, Ijam the noty boy, dan Uyon si dara. hehe
Dan.. untuk Faridatul Aisyah aka Atul.. anda adalah watak yang paling penting dalam the story of my life. 
thanks sebab dah temankan kak ida sepanjang stay kat sini.
kitak layan jak ngan karenah kak ida nak nang tergegeh tok. dh ngaja kamek kelaka sarawak walaupun salah tatabahasa,sik paham apa yang di ngereco kamek. haha. 

mesti kak ida rindu ngan kitak semuanya mun dah balik Semenanjung kelak. huhu
sik sabar nak balik tapi jaik hati juak. cmney nak molah mun camya. balit ka sik tul? :)
ok lah ya, kitak sikboh nakal. kamek doa kitak ngan eheeemmmmmmmm bahagia. hikhik.. 

Last but not least, terima kasih banyak baaaaanyaakkkkkkkkkkkkkkkkk semuanya. Abang jamil, kak long, Atul dan adik-adik nak kacak comel ya. sik terbalas kamek. 


Haishhh.. kenak tetiba sedih indah. 
dah2..sedih p main jauh-jauh hau ya. 


ok. byep! ^_^



Saturday, 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum wbt muslimin semua
Selamat pagi dan petang.. 


1 Ramadhan 1435H. 


Marhaban Ya Ramadhan 
Ku merinduimu. kini kau datang menyapa lagi 


"Hadis Anas r.a. meriwayatkan : Apabila Ramadhan bermula, maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:
Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan,... "



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


apapun .. niat puasa jangan lupa. :) 



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti



 "Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar


....................
Ramadhan ini, aku berpuasa di perantauan. jauh sekali dari keluarga di kampung. Aku memang tak pernah berjauhan dengan keluarga kecuali atas sebab yang tidak dapat tidak. 
masa belajar dulu tak pe la, jarang-jarang sekali masih boleh balik jenguk ma abah. kat sini, dah berbulan lamanya aku tak balik. tiket flight mahal ya rabbi nak balik selalu. 
sik mampu kamek. Mun kamek pun belon, kinek tok kamek balit. embak semua kawan-kawan. sikhal kamek spun. :P

tuh, dah keluar dah loghat tempatan. hehe
kerinduan yang macam ni memang kena banyak sabar. tahan je lah kau! 
tak lama lagi dah nak raya. yeyyy.. tak sabar nak balik. 
ku nak apply cuti panjang. cuti qadha hat berbulan yang tak leh balik tuh.
tak pun, cuti terussssss.... muahaha.




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan





Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua




Selamat berpuasa diucapkan kepada saudara Islam di Malaysia mahupun dimana saja anda berada. Selamat menjalani ibadah puasa. 
Semoga puasa kita pada tahun 1435H ini lebih barakah daripada sebelumnya. InsyaAllah.




Sekian...
lokasi : Kuching, Sarawak 






Thursday, 20 March 2014

Rahsia Solat 5 Waktu..

Assalamualaikum...
Selamat pagi dan petang..

Untuk pengkongsian bersama. bersama kita baca dan renung-renungkan.. 

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.







Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber : Ustazrazi

Wednesday, 19 February 2014

My first experiences at Sabah negeri di Bawah Bayuuuuu.. yaww!

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan petang 

Ku kini dibumi Sabah bhaa.. 

untuk pertama kalinya.. i was at Borneo. 


bendera Sabah! untuk yang lupa how Sabah flag look alike.  :P
naik flight untuk kali keduanya selepas pergi KL a few years ago. dulu takpe sebab pegi reramai. ini first time sendiri dan ke tempat yang aku pertama kali nak pergi. hurmm.. bila dah semua pertama pertama ni. jadi perkara pertamanya aku semestinya akan jadi very2 cuak,sedikit kerisauan. memikirkan keadaan sana nti. ok ke? mcm mna kalau itu kalau ini..  itulah aku ..belum sampai lagi dah nak takut. entah pape kan. aku pergi Sabah ni atas urusan kerja. So,memang akan stay lama kat sana. xsalah kan kalau wujudnya perasaan2 mcm ni. safety first! tapi, aku prepared myself untuk menghadapi sebarang kemungkinan. mentally and physically. 

flight departure at 11.25am 11 februari 2014. Naseb dapat seat A tepi tingkap. so, dapat lah tgok luar tu. gayat! haha. cewwii je aku ni. Normal lah kan bagi yang pertama kali. yang banyak kali tu lain ceritanya. sepanjang 2 jam tu dalam flight tu aku xtido pun. Snap! snap! ngeee.. pengalaman pertama katakan. kali kedua dan seterusnya tobat xjadi mcm ni dah. hihiks~





ini pada ketinggian ??? dari paras laut. hehe.. xsempat nak ukur.
 kapal terbang ni laju sgt. :P


dah masuk Sabah. landing time! zam zam ala kazam. 
Alhamdulillah.. selamat sampai lapangan terbang Kota Kinabalu jam 2 petang. terus call Kak Suhana, dia datang ambik. bawak pergi tempat kerja. first expression..okokla. :) 

proses penyesuaian diri kat tempat baru ok. kawan-kawan ok. kerja ok. Dah nak masuk 10 hari kat sini. so far so good. aku suka. lagipun semuanya dekat-dekat. ASNB luar tu je. semua urusan personal aku boleh pegi jalan kaki ja. 


dalam 10 hari aku kat sini, aku belajar cakap sabah. ('tak ada' - 'tiada'). ('tak apa'- 'dak apa') 'siring', 'anuh' ..mcm2 lagi la yang aku sendiri belum khatam lagi. memahami budaya sabah. kadang aku perasaan ore sabah ni cakap dia mcm ada bunyi qolqolah gitew. masakkk bha. lagi.. sini,nak cakap pasal suku2 ka keturunan ka.. pandang kiri kanan. means jaga-jaga. aku dipesan sebegitu. 


Makanan Sabah. haaa.. ni part paling menarik yang aku alami. aku dibawa mencuba makanan Sabah. spesifik name xtahu. tapi panggil umai dan latok je. ini dia! 



'latok' yang hijau , 'umai' yang satu lagi tuh. 

latok tu sejenis rumpai laut. aku pun xtahu dia masak mcm mne. mungkin just rebus je kot. cicah ngan air asam dia. yang umai tu, dia isi ikan ditambah rasa perahan asam limau campur bawang, tomato,lada..apa lagi. aku makan ja.. kami pergi berlima. aku, iema, kak suhana, jai ngan wilma. 


dipendekkan cerita,keesokkanya ...

pepagi lagi perut aku dah memulas. pagi tu tak suspek apa lagi. ingat mcm rutin harian la bangun pagi 'buang'.. ini dah sampai berploh kali kerja masuk jamban ja membawa pulak sampai ke malam.. ini xleh jadi ni. rupanya kawan aku, Iema. dia pun sama. kena cirit. Padahal kami keje duk selisih jamban ja, mcm mna aku boleh tak tertanya. ahaha.

berusul-usul makan . Sah! ini xde lain ni.. mesti 'latok' punya kerja ni. sebabnya yang makan benda tu aku ngan Iema ja. yang lagi 3 orang xmakan. depa makan umai ja. perut depa ok . no prob! yang si Iema lagi teruk cirit dia. sampai muntah bagai. sebab dia yang habiskan itu latok. 

Last2, xleh tahan deh. aku ngan Iema p Poliklinik. kami dapat satu plastik ubat minum dan MC.. yeayhh! rehat2. part yang tak boleh blah masa jumpa doktor tu.. dia suggest aku buat pregnancy test. apa lah doktor nih. ore cakap salah makan bha. bukan salah laku. herrr.. boleh pulak tanya 'you sure?'.. aku jawab dengan confident tahap maksima. 'yes, i'm sure. i tak pregnant puan doktor!!! '

cerita kat en. tunang. ehhhhh,.dia bagi paku buah keras pulak kat kita. yela, dulu2 aku pernah pesan kat dia jgn makan sembarangan. ini aku pulak yang kena. biasa la tu yunk, instinct mau mencuba bha. 


p/s : kepada yang nak mencuba latok tu. it's okay ja. latok tu xsalah. just kami ja yang salah piih kedai. ngeee~~



kat KK ni banyak beno kedai yang jual seafood. murah! murah!


'The Pearl'.. namanya tidak asing lagi disini. 
aku jalan2 area Pasar Philiphine..memang rata-rata kedai ..ada ja yang jual mutiara. cantik2 lagi. harganya pun mampu milik. ikut hati mau aja aku borong untuk adik2 sorang satu. tapi tahan ja. lama lagi nak duk sini. 

cantik kan? memang sakit hati tgok. sebab semua cantik2. hehe

lepas makan malam tu.. Kak Suhana bawak pergi Pantai Tanjung Aru. kat sana ada org jual-jual. yang suka makan buah boleh la kesitu. ada jagung rebus. ada kacang. ada asam. ada apa lagi ye.. haaa.. ada game animasi. '6D motion adventure' . ada ore jual mainan. 
tapi.. xde ore jual nyam-nyam. kalau ada konpem aku beli. ngee~~


I was here!

Next...



from KK to Kuching. 

belum puas lagi stay kat KK. aku dapat arahan terpaksa ke Kuching. tuntutan tugas. terpaksa ku akur. moh kita ke Sarawak lak. time-time muda remaja mcm ni jgn lepaskan peluang. plus lagi 'travel free'.. hehe..pengalaman tu yang mahal ! 

cakap 'kamek' 'kitak' pulak la aku pasneh. nanti ku update pasal Sarawak lak. :))


sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. tqvm.. 
assalamualaikum... 

p/s: i have to prepare myself again. mentally and physically to adapt new environment there ! :)

Thursday, 23 January 2014

pakat duk senyak tupah lako!

Assalamualaikum...
selamat pagi dan petang..

mulakan dengan bismillah. hari ni pakat tok sey kecek belako. senyak tupah! hari gapo eh hari ni? silence day kot. kuakua.. stress serow. bangun pagi buto agy hari ni g amek saing tesen bah. yo balik cuti. ingat saing ni nak kecek sepatoh duo.. pah kedio tok kecek sepatoh apo. masuk keto muko cetung supo air tuok masey. ambo xreti laluh kalu jadi lagu tu gak. pah ko ambo senyap. hok ngan saing sorg agy tu..ambo tok kecek ngan yo smale sebab yo oyak ambo bnyok kecek. ambo sajo jah. bgun pagi ni, yo pun tok kecek ngan ambo. ingat ambo baloh ngan yo bokali. ko yo hok maroh ko ambo kes ambo tok tolong yo wat kijo. ?? ahh xdok apo doh laaaa.. ;D

ikut la gano2 pun. asal saing bahagio. kade serow nak suko pun ado ngan pe'el sore2.. hok tu gituh, hok nih ginih. ore ore.. 

the problem is..this is not the answer!! have no question either. hmmm 



bereh la.. tu ja nak luah. happy silence day deh ! hikhik