Pages

Monday, 13 March 2017

Happy Anniversary

                                 
Assalamualaikum dan selamat petang. 

Saya menulis ketika ini dengan perasaan dan fikiran yang melayang jauh ke masa yang mana saya mula-mula mengenali awak. Kalau tak silap saya pada Oktober 2011. 
Haihh, siapa sangka kan kursus ABM tu menjadi lokasi pertemuan kita. Kalau saya tak pergi kursus tu mungkin sekarang pun saya masih tak akan pernah kenal siapa awak. 

Or... maybe kita akan ikut  jalan lain untuk dipertemukan . Kalau dah jodoh tak kemana. heee.. 

tak sangka rupanya ada yang usha2 kita dalam diam. Eee.. tak malu. 
Walaupun pada masa tu saya masih tak ready untuk menerima "CINTA" tapi tindakan awak yang berani mengambil langkah mula pada masa tu benar2 mengagumkan saya. 

Awak datang umah, jumpa Ma Abah saya minta izin nk kawan ngan anak perempuan dia. Saya salute! Haha. Kesungguhan awak itulah yang buat saya percaya yang awak memang serius. 
Dan dalam setiap bait kata yang awak ucapkan, mak aih boleh cair iceberg tuh! apatah lagi hati saya yang tak sekeras iceberg ni.. :P u know what abg? u are such a sweet talker jugak taw. sebab tu saya jatuh ke perangkap cinta awak. cia cia cia.. 

tetttttttttt........abes flashback. 

***********************************************************

kembali ke masa kini. 

Rentetan daripada cerita itu lah hubungan kita berterusan sehingga ke alam perkahwinan. Dan Alhamdulillah hari  ini kita menyambut anniversary kita yang ke 2 tahun suda.
12/03/2015 - 12/03/2017.
Terima kasih abang kerana sudi menerima saya sebagai suri dalam hidup abang.



Happy Anniversary abang cayunk..


 Semoga hubungan kita sentiasa dibawah lindungan rahmatNya dan terus diberikan nikmat cinta ini  sampai jannah. InsyaAllah. Saya nak jadi bidadari syurga awak. saya sorang je! :)





Terima kasih abang kerana tetap bersabar dengan kedegilan isterimu ini, kerana selalu layankan aje karenah ni yang kuat makan. haha. 
Murah rezeki awok. Aamiin... 




***********************

Sekian untuk kali ni. 
jumpa lagi . 

p/s : Kami xkacau orang naa, orang jgn kacau kami. DEAL ! 
# inisemuapoyo! kikii










Monday, 11 April 2016

TWO THOUSAND FIFTEEN

Assalamualaikum.. 
Salam para rakan dan taulan. 



Busuk-busuk gitu, dah setahun rupanya aku tertinggal bidang penulisan blog ni. 
Dibiarkan saja blog inibulanbintang bersawang tanpa kata. 

Bila dah terrrrbuka balik blog ni, 
Godek - godek last post 2014. last post ni kira macam last seen bagi aku la. :D
Lepas tengok kalendar, Aku terskip one whole TWO THOUSAND FIFTEEN punya kisah rupanyer. 
yaiyaiyaiyaiiiii.. 


Well.....
kepala otak tengah duk pikir apa yang dah jadi sepanjang tahun tu eh..

****************************************

INTERMISSION

********************************************

Ohhh ya ! 
banyak menda dah jadi since setahun tu.
banyak. memang banyak. 

the biggest one is...
Aku dapat title baru..
''PUAN''.
tak baru sgt lah. Dah celebrate anniversary da.. 
sebab ni kot aku terlupa kejap aku ada sebidang tanah blogspot. sampai bersemak samun pun.
biasalah masa tu baru nak biasakan diri dengan jawatan baru, tugas bertambah. 


Apa lagi ya..

Haaaa. tuuu!! tu!! 
xpalah. malas nak ingat. 

Lagi..
lagi...
dan lagi..

nanti la belakang cerita.. 
ada keja. 

To be continued.. 

Tatatititutuuu... 








Sunday, 21 September 2014

Surat Cinta Tentang Sholat


Assalamualaikum.. selamat pagi dan selamat petang ..




Surat Cinta Tentang Sholat".
Bila engkau anggap sholat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.    
Bila kau anggap sholat hanya sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..
Anggaplah sholat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.
Anggaplah sholat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.
Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.
Anggaplah sholat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.
Bayangkan ketika "adzan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.
Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhanNya. 
Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".
Bayangkan ketika kau "duduk diantara dua sujud", Allah berdiri gagah didepanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam bila ada yang mengusikmu".
Bayangkan ketika kau "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...Subhanallah sungguh nikmat sholat yg kita lakukan.
Wassalam Sekiranya baik utk kita jom kita share dgn teman n shbt yg kita kasihi smoga mereka juga mendpt manfaatnya. Aaamiinnn

sharing is caring. .
sekian.
shahida ismail

Saturday, 20 September 2014

kembali kepada inibulanbintang..

Assalamualaikum w.b.t
selamat pagi dan petang. 

my first entry after raya.
tak sempat nak menghupdate . 
banyok keje gitew.. 
alasan semata - mata

Actually, i have changed my blog address to cheritasimerah.blogspot.com before
but.. 
rasa macam tak best je. macam tak best ja. jiwa tak smpai. 
so.. kita kembalikan dia kepada nama asal. 
inibulanbintang.blogspot.com 
^_^

jangan hairan if ternengok gambar - gambar yang ada cop hak  milik cheritasimerah tuu.. i tak curi daripada mana-mana random blog ehh. its was mine. 

ok. just for info. 
ringkas daripada saya. 
blog owner inibulanbintang.
sekian.. 

hiks!




Thursday, 10 July 2014

11 Amalan Sunnah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. 






Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Saturday, 5 July 2014

Sungkey Luar with Noffa


Assalamualaikum.. 
selamat pagi dan petang semuaaa.. 

ore lain dah balik keje. aku je belum lagi. stay dulu nak update blog kejapppp jee.. 
mesti uols heran. hari sabtu pun keje eh? yelah.. iols keje you.. cuti iols xsama ngan org lain. sbb tu nak g jengjalan ngn kawan on weekday, iols kena amek cuti. but, nevermind! redha. ngeee


ok. kembali kepada cerita asal.. 
semalam kan birthday dak fatin. So, mcm dijanjikan,aku bawak dia sungkey luar. kami pegi kat kedai Nasi Kerabu Pah. sebab lama dah aku teringin nak makan nasi berwarna tuh. hehe..
kat Kuching ni ada satu kedai nasi kerabu. Dekat area pasar Kuching menghala ke Waterfront. 
itu tempat yang aku tahu la. lain-lain tempat tak pasti. Tak dan nak jelajah jalan-jalan cari makan. kedai dia takde la eksklusif mana. Tapi, rasanya .. Memang sedap. thorbaiikkkk! :P

Oopss! lupa. ''Sungkey'' tu arti berbuka puasa yew. . dalam bahasa Sarawak. 


ini Nasi Kerabu Special.
 Cukup zat dalam sepinggan lengkap. ada protein, karbohidrat, serat, pakej ngan lemak skali.
^_^



Then , kami pegi jalan-jalan Waterfront . aku nak beli souvenir untuk cayam-cayam di Semenanjung. dah tak lama di Kuching nih.  Minggu depan aku dah boleh balik Semenanjung. dapat transfer sana pulak. hehe. Syukur. 

Dak fatin kata nak tgok citer Transformer yang baru tu. Age Of Extinction. So, kami pegi la kat Riverside Shopping Mall..
aku memang tak pernah tgok wayang bulan Ramadhan. rasa macam tak sesuai je. Tapi, teringat ustaz kata, boleh tgok. Hukumnya tak salah selagi kita tidak melanggar syarat - syarat berikut : 



1. Tajuk dan isinya tidak bertentangan dengan aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contonya maghrib semata-mata untuk menonton wayang, al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yg berpaling dr mengingati Allah. 

3. Elak bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.

*******************************************************************
Sementara nak tunggu masuk wayang tuh.. 
selfie dulu.. hehe.. 







berani dak fatin muncung kat makcik tuh.
Mentang-mentang la bulan puasa. semua hantu kena ikat. hhehe



Seram aku tgok makcik kat lakang tuh. Although it just a cardboard. 



Dia panggil masuk dah. Beli popcorn dulu .. wat sahur. 


SELAMAT MENONTON! :)

 selesai suda.. 
lama kot citer tuh . 3 jam kat dalam panggung tuh, jenuh tahan mata nak perabeh. 
tapi .. berbaloi laa.. Transformer Age Of Extinction is best! 



DOne update! see u .. 
NAk balik buka posa pulak nih..

Friday, 4 July 2014

Happy Birthday Fatyn Noffa


Assalamualaikum.. 
selamat berpuasa kawan-kawan.. 


entry ini ditujukan kepada birthday girl Fatyn Noffa semata-mata.. hehe






Again. Happy birthday to you. be a sweet 21 birthday girl.. 
i wish u all the best cayam.. 
Selamat menempuhi sebuah kehidupan yang lebih mendewasakan. 
semoga kamu sukses ye .. 

As a birthday present. jap lagi kak ida belanja buka puasa. 
pastu kita g cari teddy bear ehh.. 


*************************************

Selama aku kenal ngan dak fatin ni. aku dah anggap macam adik aku dah. 
mula-mula kenal ngan dia.. My first impression, terdetik dalam hati ini  'budak nih pemalu ye!' , boleh kira sehari dia cakap brapa patah perkataan je. sepatah tanya sepatah jawab. 
tapi...
bila dah lama-lama kenal tu. Ermmm,pemalu lah sgt! kalau dia dah start bercerita tuu,laju je. aku gelak je la. senyum-senyum dengar dia duk pot pet pot pet. Muahaha

lagi.. yang aku kenal dak fatin ni, dia pengemar warna biru. Apa2 nak dibelinya mesti pilih kaler biru dulu baru tgok design . 
Dan dia suka sgt ngan teddy bear. dari kecik lagi katanya. 
header blog dia pun letak gambar teddy. tak caya tengok lah sendiri.  


Kami ada persamaan. We are cat lovers. Alkisahnya boleh tahu dia suka kucing, masa aku bawa kucing dari umah Atul balik hostel. Dia melayan ja si mayau tuh. Belai-belai, ajak main, siap selfie lagi ngan kucing tuh. aku belum kasi kucing tu nama. dia yang bagi nama dulu. "Meng Meng".. dia cakap semua kucing dia panggil meng meng. kucing2 kat umah dia pun semua nama sama ja. hahahha.. 


See! selesa ja Si Meng Meng tido kat riba dak fatin. 



Lagggiii...
dah la tu sikit - sikit. nanti kantoi ngan dak fatin pasal entry ni.. malu aku.

Ok la .
nak siap p amek dak fatin. Mahu berbuka puasa kat Waterfront.

Byep!

^_^